Ikuti Kami:

Suga Akan Tinggalkan BTS Selepas Terlibat Dengan Kes Pandu Mabuk?

Suga Akan Tinggalkan BTS Selepas Terlibat Dengan Kes Pandu Mabuk?

Nama Suga BTS sedang hangat menjadi bualan kini selepas terlibat dengan kes pandu mabuk.

Sebelum ini, laporan polis telah mendedahkan bahawa kandungan alkohol dalam badan Suga adalah sebanyak 0.227%, ketika dia ditangkap menaiki skuter dalam keadaan mabuk.

Lebih merisaukan, ia adalah kandungan paling tinggi setakat ini, buat mana-mana idola yang pernah terpalit dalam isu yang sama.

Dengan ini, ramai peminat bimbang sekiranya kes ini akan meninggalkan imej buruk pada BTS, sekaligus membatalkan rancangan mereka untuk membuat kemunculan semula pada 2025 ini selepas semua ahli keluar dari tentera.

suga bts

Namun menurut orang dalam industri, pada masa ini tiada perbincangan yang dilakukan untuk Suga keluar dari BTS dan lelaki itu juga sedang merenung kesalahannya dengan mendalam.

Selain itu, kemunculan semula BTS pada tahun 2025 nanti juga tidak mungkin akan ditangguhkan disebabkan skandal penyanyi “Daechwita” tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...