Ikuti Kami:

“Sudikah Kamu Berkahwin Dengan Saya?” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Byul Bersama Anaknya

“Sudikah Kamu Berkahwin Dengan Saya?” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Byul Bersama Anaknya

Nampaknya hubungan Byul dan anak-anak kelihatan begitu akrab sekali!

Baru-baru ini, saluran YouTube “Starry Tube Byulbitube” milik isteri kepada Haha iaitu Byul, telah memuat naik satu video baru.

Dalam video itu, Byul, Soul dan Song sedang menghabiskan masa di Taman Sungai Hangang bersama-sama.

Kemudian Byul berkata sambil membuat cincin mainan untuk Soul,

Ibu akan membuatkan kamu cincin. Sudikah kamu berkahwin dengan saya?

Byul Songi Soul

Selepas mendengar lamaran dari ibunya, Soul secara bergurau membalas tidak kepada Byul.

Kemudian, Byul bertanyakan kepada Song,

Adakah Song akan berkahwin dengan saya?

Mendengar lamaran tersebut, Song berkata ya dan membuatkan Byul tersenyum dengan jawapan anaknya.

Alahai comel betul tengok gelagat anak-anak dan si ibunya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...