Ikuti Kami:

Sudah Separuh Jalan, Kenapa ‘My Lovely Boxer’ Raih Rating 1% Sahaja?

Sudah Separuh Jalan, Kenapa ‘My Lovely Boxer’ Raih Rating 1% Sahaja?

Bukan mudah K-Drama untuk mendapat rating yang baik kini memandangkan terdapat banyak persaingan pada setiap saluran televisyen.

Sudah pun bersiaran sebanyak 6 episod, namun “My Lovely Boxer” hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 1% sahaja sehingga kini. Malah episod terbarunya yang ditayangkan kelmarin meraih catatan terburuk iaitu 1.4% sahaja.

Menurut penonton, mereka kurang gemar dengan watak Kim So-hye iaitu Lee Kwon-sook kerana wanita itu yang tidak tetap hati lantas membuatkan wataknya nampak membosakan selain lakonan bekas ahli I.O.I itu yang nampak sekata.

my lovely boxer

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kasihan buat Lee Sang-yeob kerana tersilap memilih drama di mana dia menjadi terajunya.

Untuk pengetahuan, “My Lovely Boxer” membawa kisah mengenai peninju yang genius, Lee Kwon-sook (Kim So-hye) dan seorang ejen yang sukar untuk rasa bersalah dalam mengatur perlawanan para atletnya, semata-mata demi wang dan kejayaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...