Ikuti Kami:

Sudah Raih 200,000 Langganan, Kim Jongkook Kongsi YouTube Sendiri Dengan Tema Senaman

Sudah Raih 200,000 Langganan, Kim Jongkook Kongsi YouTube Sendiri Dengan Tema Senaman

Wow! Akhirnya Kim Jong-kook bakal berkongsi rahsia kesihatan dengan semua menerusi pembukaan YouTube miliknya yang bernama ‘GYM Jong Kook’.

Memang dinantikan ramai, selebriti itu berjaya meraih 200,000 langganan tidak sampai sehari ianya dirasmikan. Malah baru satu video sahaja yang dimuat naik setakat ini sebagai pengenalan kepada saluran itu.

Saya cabar diri untuk buka saluran YouTube sendiri, hehe. Hanya satu lesen yang perlu ditunjukkan oleh rancangan ini iaitu badan: GYM Jong Kook, hehe.

Saya akan berusaha keras untuk menjadi saluran yang dapat berkomunikasi bersama dan menampilkan pelbagai kandungan untuk jangka masa yang lama pada masa hadapan.

Daripada menilai saya menerusi tubuh badan yang dilihat, saya berharap anda akan melihat saya menerusi keikhlasan dan ketekalan apabila bersenam.

Sehingga sampai ketika saya boleh menyumbang walaupun sedikit untuk membantu Korea menjadi lebih sihat! Hehe, marilah!

Peminat antarabangsa pun boleh layan tanpa was-was, sebabnya video di saluran ini disertai dengan sarikata bahasa Inggeris.

Korang dah ready nak sihat dengan Kim Jong-kook?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...