Ikuti Kami:

Sudah Menjadi Normal, Ini Antara Beberapa Sebab Lelaki Korea Suka Solek Muka

Sudah Menjadi Normal, Ini Antara Beberapa Sebab Lelaki Korea Suka Solek Muka

Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga patut menitikberatkan tentang penampilan mereka.

Jika kita imbas kembali sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu, masih jarang lelaki pada umumnya akan memakai alat solek.

Namun, ini antara sebab kenapa lelaki Korea sekarang mula berjinak-jinak menyolek muka.

Keyakinan diri

lelaki korea make up

Seperti sedia maklum, salah satu sebab kebanyakan orang menggunakan alat solek adalah kerana ingin menutup cela di muka. Hal ini akan menambah keyakinan diri seseorang untuk menjalani rutin kehidupan seharian. Menjaga penampilan seperti cara berpakaian hingga ke gaya rambut, boleh membantu seseorang itu memperoleh keyakinan.

Bagi lelaki Korea, solek ialah cara lain untuk membantu mereka menjadi versi terbaik diri sendiri. Apabila sudah yakin dengan penampilan mereka, ramai lelaki mengalami impak positif terhadap hubungan interpersonal. Pada masa kini, banyak jenama kosmetik Korea mempunyai model lelaki yang memperagakan produk mereka dan ini telah memberi mesej kepada orang ramai bahawa lelaki juga boleh menggunakan alat solek.

Persaingan pasaran kerja

lelaki korea make up

Bagi kebanyakan lelaki Korea, menggunakan alat solek adalah cara untuk mereka meningkatkan kebolehkerjaan. Memakai solekan memerlukan masa serta latihan, dan lelaki yang telah menguasai kemahiran itu mempunyai kelebihan dalam situasi seperti semasa temu duga kerja.

Sudah tentu, penampilan cantik sahaja tidak akan menjadi faktor penentu dalam kebanyakan kes. Walaubagaimanapun, bayangkan senario di mana dua lelaki yang mempunyai latar belakang pendidikan yang sama memohon jawatan di sebuah syarikat, seorang menggunakan alat solek untuk meningkatkan penampilannya, dan seorang lagi nampak kusut.

Terdapat kemungkinan bahawa lelaki yang pertama itu akan mendapat kelebihan utama untuk diambil bekerja kerana telah memberikan first impression yang bagus kepada majikan.

Pilihan peribadi

lelaki korea make up

Walaupun masih wujud prasangka buruk, nampaknya masyarakat berubah dengan mentaliti baharu bahawa lelaki bersolek adalah perkara biasa dan tidak salah di sisi undang-undang. Kini, ramai lelaki Korea yang sudah terbiasa melihat idola dan pelakon lelaki di kaca TV memakai alat solek sehingga mereka ingin mencubanya sendiri.

Mempunyai minat untuk solekan boleh membawa kepada peluang kerjaya baharu juga. Malah, semakin ramai lelaki mengejar kerjaya dalam industri kecantikan seperti menjadi jurusolek. Ini terbukti dengan pertambahan pelajar lelaki dalam bidang seni kecantikan. Kajian mendapati bahawa dalam Jurusan Seni Kecantikan di Universiti Seokyeong, perkadaran pelajar lelaki hanya 3-4% sepuluh tahun lalu namun, jumlah ini kini telah meningkat kepada 15% hingga 20%.

Tak salah pun kan kalau lelaki nak make up..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...