Nampaknya “Queen Of Tears” masih lagi hangat di pasaran!
Terbaru, drama itu disahkan menduduki tempat pertama selama tiga bulan berturut-turut dalam tinjauan “Program TV Kegemaran Rakyat Korea”.
Gallup Korea menjalankan tinjauan bulanan ini bagi mencerminkan pilihan emosi rakyat Korea merentasi slot masa, ruang, saluran, dan media yang berbeza.
Agak mengagumkan kerana drama yang sama telah dipilih selama tiga bulan kini meskipun “Queen Of Tears” sudah menamatkan siaran pada bulan lalu. Malah ia merupakan pertama kali drama 16 episod berjaya merebut pencapaian ini.
Hebat kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.