Sebagai selebriti agak sukar untuk mempunyai banyak masa peribadi yang terluang. Yalah bukan sahaja berlakon, kadang-kadang perlu menghadiri perjumpaan peminat, sertai rancangan hiburan, penggambaran majalah, promosi produk sebagai duta dan pelbagai lagi! Banyak betul! Jadinya, agar sukar untuk memberi komitmen penuh kepada pasangan kerana jadual kerja yang padat. Sebab itulah ramai pasangan selebriti di Korea yang tidak mampu mempertahankan hubungan percintaan mereka dengan lama.
Namun begitu, mengagumkan kerana pasangan pelakon Jung Kyungho dan ahli kumpulan Girls’ Generation yang juga aktif sebagai pelakon iaitu Choi Sooyoung sudah 8 tahun bercinta! Bagi yang ingat tak ingat, mereka ini pernah digosipkan bercinta sekitar 2011 namun kedua-dua agensi mereka menafikan berita tersebut. Pun begitu, selepas tersebar gambar mereka keluar bertemu janji, akhirnya pasangan itu mengakui bahawa mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih pada tahun 2012.
Rata-rata netizen juga gembira melihat hubungan Jung Kyungho dan Choi Sooyoung yang sangat bahagia dan stabil. Meskipun kedua-duanya aktif berlakon saban tahun, namun itu tidak menjejaskan langsung kisah peribadi mereka. Malahan pasangan secocok ini tidak segan untuk menceritakan kisah pasangan masing-masing apabila ditanya oleh pihak media.
“Mereka kelihatan seperti mempunyai hubungan cinta yang bahagia tanpa sebarang masalah~ Berharap agar mereka terus gembira.”
“Hubungan cinta yang sangat manis~~~ Semoga terus berkasih dengan lama dan bahagia^^ Awak berdua sangat padan.”
“Walaupun senyap tapi mereka adalah pasangan yang manis.”
“Kalau dah 8 tahun, seperti pasangan berkahwin. Saya berharap mereka bahagia.”
“Secara peribadinya saya berharap agar mereka berkahwin. Saya tahu kita tahu apa pengakhiran sebuah perhubungan tetapi saya memberi sokongan untuk hubungan manis mereka~”
Comel sangat mereka berdua ini! Dahlah Jung Kyungho mengaku sukakan Sooyoung semasa latihan khidmat ketenterannya suatu ketika dahulu, akhirnya bercinta juga! Harap kekal sampai ke jinjang pelamin.
Sumber: Netizenbuzz