Ikuti Kami:

Sudah 6 Bulan Duduk Berasingan, Jun Jihyun & Suami Dikhabarkan Kini Di Ambang Penceraian?

Sudah 6 Bulan Duduk Berasingan, Jun Jihyun & Suami Dikhabarkan Kini Di Ambang Penceraian?

Tiada angin, tiada ribut, pelakon Jun Ji-hyun terpalit dengan khabar angin bahawa dia kini sedang di ambang penceraian.

Menurut hos Garo Sero Institute di YouTube, Jun Ji-hyun dan suaminya sudah pun berpisah sejak Disember 2020 namun pelakon wanita itu menolak untuk meneruskan dengan penceraian tersebut walaupun suaminya sudah pun meninggalkan rumah mereka.

Khabarnya Jun Ji-hyun menolak penceraian kerana impak negatif yang akan terkena ke atas pelbagai kempen iklan mlikinya. Malah pelakon wanita itu turut dikatakan sedang dalam perbincangan untuk berpindah ke luar negara.

jun jihyun bercerai

Disebabkan terdapat kemungkin pelakon itu akan disaman kerana menyebabkan imej negatif kepada pelbagai jenama, Jun Ji-hyun selagi boleh tidak mahu bercerai. Wartawan juga mendedahkan bahawa pelakon popular itu tidak mahu berpisah kerana dua anaknya, yang berusia 3 dan 5 tahun kini. The Garo Sero Institute terus berkongsi bahawa suami Jun Ji-hyun sebenarnya mahu membawa haluan masing-masing kerana dia mempunyai perempuan simpanan.

Untuk pengetahuan semua, Jun Ji-hyun mendirikan rumah tangga dengan Choi Joon-hyuk pada tahun 2012. Lelaki itu dikenali ramai sebagai cucu kepada pereka hanbok terkenal, Lee Young-hee dan ialah anak kepada pereka fesyen, Lee Jung-woo.

Hanyalah khabar angin, ramai yang menantikan sama ada Jun Ji-hyun akan memberikan sebarang komen mengenai pendedahan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...