Sudah 5 Tahun Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon Kim Minhee Tak Henti Terima Cacian Netizen!

Anda pernah dengar tak kisah mengenai pelakon Kim Minhee yang ‘kantoi’ berhubungan dengan pengarah filem tua dan juga merupakan suami orang. Lelaki itu yang berusia 59 tahun sekarang dikatakan mula mengenali dengan aktres itu selepas mereka sama-sama bekerjasama dalam filem “Right Now, Wrong Then” yang ditayangkan pada tahun 2015.

Skandal yang meletup pada tahun 2016 itu nyata mengejutkan semua netizen Korea! Mereka tak sangka pelakon berbakat dan cantik seperti Kim Minhee sanggup merampas suami orang dan langsung tak menunjukkan rasa bersalah mengenai insiden itu kerana dia berani melawan isteri Hong Sangsoo. Pengarah itu juga menerima cacian melampau kerana dia dikhabarkan berhenti memberikan duit belanja kepada anaknya yang masih belajar di universiti pada ketika itu untuk menampung Kim Minhee yang sudah tidak mendapat tawaran berlakon kerana isu itu.

kim minhee dan hong sangsoo

Dengan perbezaan hampir 21 tahun, hubungan pasangan itu masih lagi utuh meskipun dah 5 tahun menyulam cinta. Kim Minhee dan Hong Sangsoo juga lebih senang menerbitkan pelbagai filem bebas bersama bagi meneruskan kehidupan mereka. Lelaki itu juga tidak dapat berkahwin dengan kekasihnya kerana isterinya tidak mahu bercerai lantas membuatkan hubungan itu tersangkut pada tahap kekasih sahaja. Mungkin ini adalah balasan dendam pahit manis yang dapat dilakukan oleh si isteri kerana dikhianati oleh suami selepas berpuluh tahun mereka berkahwin.

Terbaru, Kim Minhee dan Hong Sangsoo telah dijemput ke “70th Berlin International Film Festival” kerana salah satu filem yang diarahkan oleh lelaki itu dan turut diterajui oleh pelakon wanita tersebut iaitu “The Riverside Hotel” bakal dipertandingkan pada majlis itu. Pengarah ini sememangnya hebat kerana dia telah dijemput ke festival berprestij tersebut sejak tahun 2017 lagi tapi disebabkan oleh kecurangannya, dia dan Kim Minhee langsung dah tak dapat tempat dalam industri perfileman Korea. Siapa suruh cari pasal?!

kim minhee dan hong sangsoo

Kebanyakan netizen yang mendengar berita ini langsung tak teringin pun nak ucapkan tahniah bahkan mereka tinggalkan komen cacian kerana masih geram dengan skandal mereka ini. Bagi rakyat Korea, kedua artis ini mempunyai kulit muka yang tebal kerana masih lagi bersama walaupun mereka sudah merosakkan kehidupan keluarga Hong Sangsoo.

Kim Minhee hanya bermain dalam ‘kolam’ yang sama… Tak boleh rakam drama.. filem pun tak boleh tsk tsk kesiannya.

 

Mereka bertahan sangat lama.

 

Hidup hanya sekali, kenapa perlu jadi perempuan jalang.. Tak faham betul perempuan yang rampas suami orang.. Terus terang, dia adalah perempuan jahat. Syaitan yang rampas air mata isteri dan anak hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

 

Minhee, kenapa awak hidup sebegini walhal awak ada persona dan wajah yang cantik? Dilabel sebagai ‘skandal kebangsaan’, hidup awak sangatlah malang.

 

Ughh kotornya.

 

Mereka kini kelihatan serupa.

 

Saya sangat bencikan mereka!

Kim Minhee merupakan seorang pelakon yang berbakat besar dan berjaya mencipta nama di peringkat global menerusi lakonan mantapnya dalam filem “The Handmaiden” tetapi semuanya musnah kerana dia tergamak mempunyai hubungan dengan suami orang yang jauh lebih tua. Lelaki itu juga sepertinya tidak sensitif kerana tak segan langsung menayang hubungan mereka di khalayak umum. Sebab itulah mereka antara pasangan yang dibenci ramai!

Sumber: OSEN

1 komen

Leave a Reply