Utama Gossip Sudah 4 Tahun Bercinta, Hubungan Ok Taecyeon & Kekasih Bukan Selebriti Masih...

Sudah 4 Tahun Bercinta, Hubungan Ok Taecyeon & Kekasih Bukan Selebriti Masih Utuh

ok taecyeon bercinta

Ingat tak mengenai berita Ok Taec-yeon sedang berpacaran dengan seorang wanita bukan selebriti yang didedahkan pada tahun lalu?

Terbaru, dilaporkan idola itu masih mempunyai hubungan yang baik dengan kekasih yang berusia 4 tahun lebih muda itu.

Jika anda sudah lupa, berita ini disahkan oleh Ok Taec-yeon sendiri selepas beberapa fotonya sedang bertemu janji tersebar di serata laman komuniti pada waktu tersebut. Pada ketika itu, mereka dikhabarkan sudah 3 tahun bercinta. Bukanlah selebriti, identiti wanita itu dirahsiakan daripada umum dan satu-satunya info mengenainya ialah dia merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta di Korea.

ok taecyeon bercinta

Dalam perkhabaran lain, Ok Taec-yeon kini sibuk dengan penggambaran drama bersejarah “Tale Of The Secret Royal Inspector & Jo Yi” dan turut bakal menyertai comeback kumpulan 2PM yang dijadualkan akan menemui peminta pada 28 Jun ini.

Seronoknya tengok Ok Taec-yeon bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTop Star News
Loading...