Sudah 2 Tahun Bercinta, Lee Kwangsoo Dedah Perjalanan Hubungan Dengan Lee Sunbin Kini

lee kwangsoo dan lee sunbin bercinta

Keputusan menyertai “Running Man” nyata seperti bulan jatuh ke riba buat Lee Kwang-soo apabila dia kini dikenali ramai bukan sahaja di Korea bahkan serata Asia. Memulakan kerjaya sebagai model sebelum melompat ke bidang lakonan, lealki itu sememangnya seorang lelaki yang berbakat besar.

Bahkan dia berjaya memperluaskan lagi bakat dalam bidang lakonan, mungkin disebabkan kepopularitian “Running Man”. Dengan mutu lakonan yang mantap Lee Kwang-soo telah mencabar pelbagai watak sukar seperti seseorang yang mengalami masalah kesihatan mental, seorang gangster, pegawai polis dan pelbagai lagi. Pun begitu, jarang kita dapat melihat ‘Putera Asia’ itu membawa watak romantik.

lee kwangsoo dan lee sunbin bercinta

Menerusi satu temuramah baru-baru ini, Lee Kwang-soo menerima soalan kenapa dia jarang muncul dalam naskhah romantik. Jelas pelakon itu, dia belum lagi menerima skrip berkenaan yang benar-benar mahu dilakonkan olehnya.

Saya juga tiada rasa seperti ‘Saya perlu bawa watak romantik, saya mesti lakonkannya!’

Menggunakan peluang itu untuk mengusik Lee Kwang-soo, wartawan itu mengatakan bahawa mungkin ia kerana lelaki itu kini sedang mengalami rasa cinta dalam realitinya secara tak langsung menyentuh mengenai hubungan romantiknya dengan pelakon Lee Sun-bin.

lee kwangsoo dan lee sunbin bercinta

Mendengarkan soalan cepumas itu, lelaki itu hanya ketawa dan memberikan sedikit update mengani hubungannya bersama Lee Sun-bin.

Ya, kami susah untuk berjumpa selalu tapi semuanya baik-baik sahaja.

Nampaknya hubungan cinta yang mula berputik sejak 2018 masih lagi utuh dan berjalan dengan lancar. Semoga sampai sehingga ke jinjang pelamin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply