Setelah 10 tahun debut, BRAVE GIRLS akhirnya telah memperkenalkan reka bentuk untuk lightstick rasmi mereka, serta rancangan untuk konsert pertama mereka!
Pada 7 Disember, BRAVE GIRLS berkongsi gambaran menarik tentang lightstick mereka yang akan datang, yang akan tersedia dalam dua warna berbeza, iaitu merah jambu dan kuning.
Pada hari yang sama, kumpulan itu juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert pertama mereka pada bulan depan.
https://twitter.com/BraveGirls/status/1468097944586911744
Bertajuk “The Brave Girls Show”, konsert itu akan diadakan selama dua malam pada 15 dan 16 Januari 2022 di Dewan Olimpik, Seoul!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.