Dalam diam, Shin Se-kyung menyorokkan otot perutnya dari pengetahuan ramai.
Baru-baru ini, pelakon wanita itu memuat naik foto di akaun Instagram miliknya di sebalik penggambaran untuk sebuah iklan.
Dengan berpakaian serba jingga tanpa lengan dengan sedikit terdedah di bahagian perut, Shin Se-kyung kelihatan tersenyum gembira.
View this post on Instagram
Melihatkan perutnya yang dihiasi dengan ‘abs’, ramai yang kagum dengan rutin diet dan senaman yang mungkin diikuti wanita tersebut. Cantik!
Dalam pada itu, Shin Se-kyung bakal menyapa peminat K-Drama dengan musim kedua “Arthdal Chronicles” yang sedang dalam penggambaran kini.
Menawan kan Shin Se-kyung?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉