Jo Bo-ah bercerita lebih lanjut mengenai penglibatannya dalam “Dear Hongrang”.
Menandakan projek besar pertamanya sejak perkahwinan mengejutnya pada Oktober lalu, Jo Bo-ah mengimbas kembali pengalaman penggambaran,
Kami menjalani penggambaran selama lapan bulan dan selesai pada Mei tahun lepas. Saya berlakon sebagai Jo Bo-ah yang masih bujang, tapi kini drama ini ditayangkan ketika saya sudah berkahwin, perasaannya sangat berbeza. Perkahwinan membuka bab baru dalam hidup. Menonton Dear Hongrang seolah-olah melihat versi muda diri saya di skrin.
Dalam sidang media sebelum ini, Jo Bo-ah meluahkan gabungan perasaan gugup, teruja, dan sedikit bimbang untuk kembali ke industri hiburan selepas berehat seketika.
Terdapat sedikit babak intim, jelas pelakon wanita itu mengenai reaksi suaminya,
Saya menonton siri ini bersama suami. Ada babak romantik, tapi dia faham kerja saya. Saya terlalu fokus sehingga tak sempat tengok reaksinya, tapi saya rasa dia menikmatinya.
Untuk pengetahuan, Perkahwinan Jo Bo-ah dengan seorang ahli perniagaan bukan selebriti, yang dirahsiakan selama dua tahun sebelum perkahwinan mereka pada Oktober 2024, mengejutkan ramai peminat. Dia menggambarkan suaminya sebagai “kacak, baik hati dan lucu,” sambil menekankan komitmennya untuk memisahkan kehidupan peribadi dan kerjayanya dengan jelas.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.