Selepas pelbagai khabar angin tular, kini, bekas teman lelaki Kim Sae-ron pula tampil mendedahkan tentang kemungkinan punca kematian mendiang.
Dalam satu temu bual bersama The Fact, ‘K’ iaitu bekas teman lelaki mendiang mendakwa bahawa kematian Kim Sae-ron bukanlah disebabkan Kim Soo-hyun tetapi kerana lelaki dari New York yang dikahwininya pada awal tahun ini di Amerika Syarikat.
Menurut K, Kim Sae-ron melalui masa yang sukar selepas berkahwin dan menghubunginya untuk mendapatkan bantuan. Selepas suaminya tahu, dia mula memantaunya, mengambil telefonnya dan menderanya secara lisan, menyebakan wanita itu mengalami gangguan psikologi dan beberapa kali cuba mencederakan diri.
Malahan pada 2024 ketika Kim Sae-ron harus melalui pembedahan kecemasan, keluarganya dilaporkan tidak datang walaupun telah dihubungi, meninggalkan hanya K di sisinya di hospital. Dedah K,
Keluarganya langsung tidak tahu dia telah berkahwin dengan lelaki dari New York, menunjukkan betapa mereka jarang berhubung dengannya. Kini lepas dia dah tiada, mereka tiba-tiba membangkitkan hubungan lamanya dengan pelakon terkenal sejak beberapa tahun lalu. Ianya seperti tidak logik melainkan mereka ada motif atau agenda tersembunyi.
Sementara itu, K juga dilaporkan sedang menyediakan afidavit bertulis bagi memastikan kesahihan kenyataannya.