Kalau cakap tentang pelakon lelaki Korea yang kacak, nama Jung Hae-in juga pasti tidak akan terkecuali.
Baru-baru ini, Jung Hae-in telah menghadiri pertunjukan fesyen di Paris, untuk jenama mewah Dior.
Di acara tersebut, pelakon lelaki itu muncul dengan baju dan seluar hitam bertekstur, dipadankan pula dengan jaket berwarna hijau neon.
Berbanding dengan gaya artis Korea lain yang turut tampil di situ seperti Hae-rin NewJeans dan TXT, penggayaan Jung Hae-in telah dikritik ramai kerana dikatakan nampak ‘pelik’ dan kelakar.
Antara komen yang ditulis,
Saya rasa pakaiannya keterlaluan..
Selain daripada Jung Hae-in, semua orang kelihatan normal. Jaket itu terlalu kelakar.
Saya rasa mereka sepatutnya memberikan baju Jung Hae-in itu kepada seorang idola.
Secara jujur, pakaian lelaki itu Dior sangat buruk.
Stylist benci dia ke? LOL.
Apa pendapat korang?