Ikuti Kami:

STRAY KIDS Dilantik Sebagai Pemimpin Generasi Akan Datang Oleh Majalah ‘TIME’

STRAY KIDS Dilantik Sebagai Pemimpin Generasi Akan Datang Oleh Majalah ‘TIME’

Kejayaan terbaru STRAY KIDS!

STRAY KIDS sekali lagi telah membuktikan populariti mereka apabila mereka telah diikitiraf untuk jangkauan global serta pengaruh mereka di dalam industri muzik.

Sejak beberapa tahun yang lalu, genre K-Pop telah berkembang daripada kategori muzik kepada fenomena muzik global. Tidak hanya sebagai genre, K-Pop telah melangkaui sempadan negara serta budaya dimana mereka telah menyatukan khalayak global yang pelbagai serta mewujudkan komuniti di seluruh dunia.

skz

Ini selaras dengan matlamat utama muzik iaitu meruntuhkan dinding dan menggunakan bahasa melodi serta irama universal untuk menyatukan manusia tanpa mengira latar belakang serta kehidupan mereka.

Pada tahun ini, K-Pop telah meninggalkan impak yang besar di dalam industri seperti yang diperkatakan oleh majalah ‘TIME’, STRAY KIDS dan NewJeans telah membuat lonjatan besar di dalam kerjaya mereka dimana mereka telah berjaya meninggalkan impak yang luar biasa kepada peminat mereka di seluruh dunia.

Malah, STRAY KIDS juga telah banyak mencapai kejayaan pada tahun ini selepas menduduki tempat tertinggi dalam carta Billboard 200 dengan album ‘Oddinary’ serta memenangi anugerah K-Pop terbaik di anugerah muzik video MTV 2023 pada September yang lalu.

Majalah itu berkata,

Gaya muzik STRAY KIDS yang menggabungkan pelbagai genre muzik seperti rock, EDM dan lain-lain sering dikritik kerana ‘bising’ berbanding dengan lagu K-Pop yang lain. Namun, STRAY KIDS telah melebihi jangkaan ramai dengan muzik seperti itu malah ianya juga telah menjadi sebahagian daripada imej mereka.

Tambah mereka lagi,

STRAY KIDS telah melebihi jangkaan dan ianya telah menjadi resepi kejayaan global mereka.. Malah, kelainan yang dibawakan oleh kumpulan itu juga telah meletakkan mereka di barisan hadapan industri K-Pop.

STRAY KIDS terus mentakrifkan semula sempadan muzik melalui bakat, usaha serta hubungan erat mereka dengan peminat di seluruh dunia. Kemasukan mereka di dalam senarai pemimpin generasi seterusnya TIME telah membuktikan bahawa muzik boleh dijadi kuasa penyatuan. Malah, mereka juga telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada persada muzik global.

Tahniah diucapkan kepada STRAY KIDS dan STAY!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...