Ikuti Kami:

STRAY KIDS Akan Comeback Bulan Depan & Rilis Video Trailer Baharu ‘ODDINARY’

STRAY KIDS Akan Comeback Bulan Depan & Rilis Video Trailer Baharu ‘ODDINARY’

STRAY KIDS akan kembali!

Pada 13 Februari, JYP Entertainment telah mengumumkan kemunculan semula STRAY KIDS pada bulan depan.

STRAY KIDS akan mengeluarkan album mini baharu mereka ‘ODDINARY’ pada 13 Mac jam 12PM.

Pada hari yang sama, agensi itu turut mengeluarkan video trailer yang menunjukkan sekilas tentang maksud tajuk album. Perkataan ‘ORDINARY’ dinyalakan pada papan tanda neon, tetapi tidak lama kemudian ia bertukar menjadi ‘ODDINARY’. Bersama-sama dengan keseluruhan suasana seperti thriller, video trailer itu meningkatkan jangkaan untuk kemunculan semula STRAY KIDS akan datang.

Sementara itu, STRAY KIDS telah berjaya menyempurnakan acara pertemuan bersama peminat mereka, “STRAY KIDS 2ND #LoveSTAY ‘SKZ’S CHOCOLATE FACTORY’” pada 12 dan 13 Februari lepas. Pada acara itu, kumpulan itu menyanyikan lagu-lagu hit mereka dan mempamerkan pelbagai skit buat peminat.

Tonton video trailer STRAY KIDS ‘ODDINARY’ di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...