Ikuti Kami:

STAYC Bakal Lancar Lagu OST Bagi Siri Netflix Popular ‘Our Blues’

STAYC Bakal Lancar Lagu OST Bagi Siri Netflix Popular ‘Our Blues’

Peminat K-Drama pasti sedang mengikuti trend drama-drama baharu yang menghiasi laman aplikasi Netflix kan? Drama yang dibintangi pelakon wanita terkenal, Shin Min-ah iaitu “Our Blues” sudah mula ditayangkan pada awal April lalu. Terbaru, khabarnya akan ada satu lagu OST baru buat drama tersebut.

Sejak drama itu mula ditayangkan, drama tersebut berjaya meraih perhatian penonton dan setakat ini berjaya mendapat rating yang tinggi di samping drama-drama lain. Namun, drama tersebut pasti tidak akan berjaya menarik perhatian jika lagu OSTnya kurang menarik kan? Lagu-lagu OST antara merupakan elemen utama yang menaikkan identiti sesebuah drama. Korang setuju tak?

Baru-baru ini, khabarnya satu kumpulan penyanyi wanita STAYC  yang terdiri daripada Park Si-eun, Yoon See-un, Bae Su-min, J, Isa dan Yoon yang bakal melancarkan satu lagu OST bagi drama tersebut sekaligus tersenarai dalam senarai lagu-lagu OST drama “Our Blues”. stay c

Kenyataan itu disahkan oleh pihak agensi STAYC sendiri, apabila HIGH UP Entertainment mengumumkan penyertaan kumpulan itu dalam senarai lagu OST. Lagu OST tersebut telah disahkan bakal dilancarkan pada 15 Mei di setiap platform muzik dan akan menghiasi episod ke-12 drama tersebut.

Penghasilan lagu OST kali ini merupakan karya OST yang pertama bagi STAYC selepas debut mereka yang pertama, jadi ianya merupakan satu pencapaian hebat bagi mereka. Kualiti penyampaian dan jangkaan terhadap lagu tersebut makin meningkat setelah berita ini diumumkan. Namun, STAYC menjanjikan hasil yang terbaik daripada mereka berenam.

Korang sentiasa ‘follow up’ tak dengan episod drama tu? Jangan terlepas lagu OST baru dalam episod ke-12 okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...