Ikuti Kami:

Starting House Umum Lancar Label Penari Terbaru ‘Team sHe’, Penari Pertama Diperkenalkan

Starting House Umum Lancar Label Penari Terbaru ‘Team sHe’, Penari Pertama Diperkenalkan

Baru-baru ini, sebuah agensi Starting House Entertainment telah melancarkan satu label terbaru yang mana bakal mengumpulkan barisan penari yang boleh menyertai pelbagai genre program dalam industri.

Label penari terbaru, “Team sHe” yang dilancarkan dengan menandatangani satu kontrak ekslusif tambahan pula, satu gambar penari terbaru dimuat naik melalui akaun rasmi Instagram, (@team_she_official) iaitu Dazzle.

Penampilan penari terbaru tersebut berjaya meraih perhatian dengan raut wajah yang menarik dan amat sesuai dengan pembawakan personaliti sebagai penari muda berwajah baharu.

Dazzle telah berjaya membuktikan dirinya sebagai penari melalui kerjasama dengan artis-artis hebat seperti WOOD, termasuk penyanyi Kwon Eun-bi, Ha Sung-woon, Kim Woo-seok, dan Mamamoo. Dazzle juga dikenali melalui kemahirannya dengan mengendalikan satu bengkel tarian di dalam dan di luar negara. Dazzle, mempunyai kekuatan yang berbeza daripada sekadar visualnya sahaja. Kelebihan itu telah meningkatkan peluang untuk pihak agensi melihatnya melalui kemahiran, tenaga, emosi serta personalitinya sendiri.

dazzle

Jika dilihat berdasarkan aktiviti menarinya yang semakin berkembang baru-baru ini, Dazzle dijangka untuk mempamerkan lebih banyak keupayaannya dalam membawa kepelbagaian bakatnya dalam pelbagai bidang. Dazzle, semestinya bakal dikenali orang ramai bukan sahaja kerana kemahirannya, tetapi juga kerana daya tarikannya dan ekspresi yang unik. Jangkaan terhadap dirinya kian meningkat dalam melihat pembawakan konsep dan tenaga yang dibawa bersama “Team sHe”.

Sementara itu, “Team sHe” yang kini bernaung di bawah Starting House Entertainment, ditubuhkan supaya para penari boleh melibatkan diri mereka dalam pelbagai aktiviti dalam industri. Starting House Entertainment juga adalah milik NO:ZE, yang turut menjadi teraju utama secara aktif dalam “Street Woman Fighter”.

Lagi satu kumpulan penari baharu sudah mula meningkat naik dalam industri ni! Korang rasa siapa lagi yang bakal menyertai “Team sHe”?

Kongsi pendapat korang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...