Ikuti Kami:

‘Squid Game’ Bawa Populariti Global, Akaun IG Jung Hoyeon Diikuti Dua Lipa, Zendaya & Ronaldo

‘Squid Game’ Bawa Populariti Global, Akaun IG Jung Hoyeon Diikuti Dua Lipa, Zendaya & Ronaldo

Dalam masa beberapa minggu sahaja, Jung Ho-yeon yang sememangnya terkenal dalam dunia permodelan antarabangsa mula menjadi sebutan para pelakon domestik dan luar negara meskipun baru pertama kali menonjolkan bakat lakonan menerusi “Squid Game”.

Baru 3 minggu tayangan, wanita berusia 27 tahun itu berjaya menarik lebih 18 juta pengikut baru di laman Instagramnya sekaligus membuktikan bahawa dia merupakan selebriti Korea yang popular di seluruh dunia kini.

Bukan hanya dicari penonton, malah selebriti luar negara juga menunjukkan sokongan buat Jung Ho-yeon dengan mengikuti akaun Instagram miliknya. Antara daripada mereka ialah, Ronaldo, Lewis Hamilton, Jesse Lingard, Drew Barrymore, Elle Fanning, Simon Pegg, Zendaya, Pharrell Williams, Dua Lipa, Drake dan Lil Nas X.

jung hoyeon ig

Malah penyanyi berasal dari Kanada iaitu The Weekend turut menunjukkan rasa cinta buat Jung Ho-yeon apabila memuat naik Insta Story semasa dia menonton “Squid Game” selain turut dibalas oleh wanita itu.

the weekend jung hoyeon

Habis semua ‘demam’ Jung Ho-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...