‘Squid Game’ Akan Dicipta Sebagai Rancangan Realiti Dengan Hadiah Utama Lebih RM20 Juta
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siri popular seluruh dunia “Squid Game” akan dicipta sebagai pertandingan dalam kehidupan sebenar!
Artikel Berkaitan
Bagi yang sudah menonton, anda pasti tahu bahawa “Squid Game” ialah siri mengenai permainan survival misteri dengan ganjaran 45.6 bilion won dalam talian. Selepas tayangan perdana pada September 2021, siri Netflix itu telah menjadi rancangan terbesar di platform tersebut.
Bertajuk “Squid Game: The Challenge”, Netflix akan mengubah siri terbesar mereka itu menjadi rancangan realiti sebenar dengan hadiah terbesar yang pernah ada. Rancangan itu akan mempunyai 456 pesaing yang berhadapan sepanjang 10 episod untuk memenangi hadiah utama $4.56 juta (lebih RM20 juta).
Do you want to play a game? Enter to join Squid Game: The Challenge at https://t.co/MaXfZnqmvb pic.twitter.com/6gYLXlplDC
— Netflix (@netflix) June 14, 2022
Apa yang menariknya, sesiapa sahaja di dunia boleh memohon untuk sertai rancangan ini melalui SquidGameCasting.com. Netflix memberi jaminan bahawa para peserta mungkin tidak akan terbunuh dan turut berkata,
Pertaruhannya tinggi, tetapi dalam permainan ini, nasib paling buruk ialah pulang dengan tangan kosong.
Jadi, korang nak sertai ke tak?
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




