Ikuti Kami:

‘Sponsor’ Tamat Dengan Rating 0%, Di Mana Silapnya?

‘Sponsor’ Tamat Dengan Rating 0%, Di Mana Silapnya?

Selepas 12 episod bersiaran, “Sponsor” akhirnya menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

“Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan.

Dua pengakhiran berbeza

[Amaran SPOILER]

Episod akhir “Sponsor” menunjukkan nasib yang berbeza dilalui pasangan utamanya. Hyun Seung-hoon (Koo Ja-sung) dan Park Da-som (Ji Yi-soo) yang awalnya berpaling tadah memilih untuk bersama semula bagi melindungi keluarga kecil mereka.

Tidak bagi Han Chae-rin (Han Chae-young), wanita itu terus tenggelam dalam ketamakan sehingga sanggup berlakon sakit bagi mengikat Lee Sun-woo (Lee Ji-hoon). Walau bagaimanapun, tembelangnya akhirnya pecah dan dia ditinggalkan sendiri. Menerusi surat yang ditinggalkan oleh Han Chae-rin buat Lee Sun-woo, sepertinya wanita itu memilih untuk menamatkan riwayatnya sendiri bagi melepaskan diri daripada seksa yang dilaluinya.

ending sponsor

Rating kekal 0%

Tidak mampu diselamatkan, “Sponsor” hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating 0.9% sahaja di episod terakhirnya. Malah drama ini tidak mampu mendongak tinggi di samping drama lain di dalam slot tayangan yang sama apabila hanya mampu memegang rekod rating terbaik sebanyak 1.4% (episod kedua) sahaja.

Terpalit dengan pelbagai kontroversi melibatkan pelakon utamanya iaitu Lee Ji-hoon sebelum ia ditayangkan, “Sponsor” sekali lagi menghadapi kesukaran apabila menunda tarikh tayangan asal selama sebulan. Malah mereka sekali lagi dikritik apabila mengecualikan Lee Ji-hoon daripada sebarang promosi drama berkenaan selain mengenepikan namanya sebagai teraju utama selepas insiden berkenaan.

ending sponsor

Mengapa agaknya rating “Sponsor” sebegini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...