Ikuti Kami:

Spoiler! Pembaca Berita SBS Dikecam Baca Sedikit Skrip Musim Kedua ‘The Penthouse’

Spoiler! Pembaca Berita SBS Dikecam Baca Sedikit Skrip Musim Kedua ‘The Penthouse’

Debaran kian terasa dalam menantikan musim kedua “The Penthouse” tetapi ada pul akontroversi yang terpalit baru-baru ini.

Seorang pembaca berita SBS bernama Kim Soo-min memaklumkan bahawa dia bakal melakukan kemunculan istimewa dalam musim kedua drama ‘hot’ tersebut dan telah berkongsi vlog peribadi mengenainya.

Wanita itu yang juga merupakan pembaca berita termuda dalam sejarah SBS telah merakamkan dirinya berlatih dialog untuk kemunculannya itu. Yang menjadi masalahnya, walaupun dia melajukan rakaman tersebut namun netizen dapat menangkap dialog yang dibacanya sekaligus menjadi ‘spoiler’ buat peminat “The Penthouse”.

spoiler musim kedua the penthouse

*Boleh skip! Kalau baca spoiler ini, ia atas tanggungjawab sendiri okay?
[Amaran SPOILER]

Menurut klip tersebut, katanya Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) dan Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) akan mengumumkan pertunangan mereka manakala pembantu rumah Yang (Kim Ro-sa) akan mengambil nyawanya sendiri selepas Oh Yoon-hee (Eugene) mengaku bersalah.

[SPOILER tamat]

Selepas menerima kecaman netizen kerana membongkarkan sebahagian skrip musim kedua “The Penthouse”, Kim Soo-min telah pun memadam video tersebut daripada laman YouTube miliknya dan menukar Instagram ke mod privasi.

Tak perlu tunjuk pun bahagian dia baca skrip sebenarnya, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...