Baru sahaja menyapa penonton 3 hari lalu, namun “Space Sweepers” ternyata dah cipta fenomena di seluruh dunia.
Sinopsis ringkas
Kapal angkasa Victory’ ialah sebuah kapal yang mengutip sampah dan serpihan barangan daripada angkasa lepas. Ianya dikemudi oleh juruterbang genius Tae-ho (Song Joong-ki), bekas lanun angkasa yang misteri Kapten Jang (Kim Tae-ri), jurutera kapal angkasa Tiger Park (Jin Sun-kyu) dan robot tentera yang sudah diprogramkan semula Bubs (Yoo Hae-jin). Selepas berjaya merampas satu kapal usang, kru Victory terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan ‘Dorothy’ yang berusia 7 tahun. Kemudiannya, mereka sedar bahawa dia ialah robot manusia yang dicari oleh UTS Space Guards dan memutuskan untuk meminta wang tebusan daripada mereka.

Kredit foto: Netflix
No 1 di Netflix Global
Hanya beberapa hari memulakan tayangan di laman penstriman Netflix, filem sci-fi ini sudah pun menduduki tangga pertama dalam ranking Netflix Global kategori filem. Fuhh!
Bahkan ianya menduduki tempat pertama di carta Netflix pelbagai negara seperti Belgium, Perancis, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Finland dan banyak lagi.
Korang dah layan belum? Amacam, syok tak plot dan lakonan barisan teraju utamanya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.