Ikuti Kami:

Soyou Lancar Album Mini Terbaru 27 April Ini

Soyou Lancar Album Mini Terbaru 27 April Ini

Peminat K-pop sejak diawal tahun 2000 pasti amat mengenali kumpulan penyanyi wanita SISTAR, bukan? Kumpulan SISTAR yang terdiri daripada Da-som, Hyo-lyn, Bo-ra dan juga So-you itu tidak asing lagi dalam industri muzik K-pop. Baru-baru ini, seorang ahli kumpulan itu, So-you akan kembali dengan album mini terbaru.

Menurut agensi So-you sendiri, Big Planet Maid sudah mengumumkan bahawa dia akan melancarkan album mini terbaru “Day & Night” pada 27 April ini.

soyou

Sebelum ini, So-you pernah melancarkan lagu “Gotta Go” pada 28 Jun tahun 2020. Lagu tersebut dimuat naik melalui akaun Youtube rasmi Starship Entertainment dimana lagu ini bertemakan ‘reggaeton’, tarian yang mempunyai unsur ‘dance hall’ disertakan dalam muzik video tersebut.

Setelah 8 bulan berlalu, Starship Entertainment umumkan bahawa So-you terus mempersiapkan diri untuk comeback seterusnya pada 11 Mac tahun lalu. Untuk comeback tersebut, So-you mengeluarkan single “Good Night My Love” yang dikhabarkan ditulis oleh Lee Hyo-ri dan dikarang oleh Babylon.

soyou

Namun, pada 8 September tahun lalu, So-you memutuskan untuk tidak meneruskan kontraknya bersama Starship Entertainment dan menandatangani kontrak baharu bersama Big Planet Maid ENtertainment pada 29 September tahun lalu.

So-you telah mengadakan konsert solo pertamanya, ‘THE LIVE: NIGHT’ pada 2 April dan 3 April lalu. Terbaru, pada 27 April akan datang, So-you akan melancarkan album mini terbaru, “Day & Night”. Ini merupakan album pertama yang dikeluarkan setelah So-you menandatangani kontrak baharu bersama Big Planet Maid Entertainment.

Tak sabarnya nak tunggu kemunculan semula So-you setelah sekian lama! Para peminat So-you jangan lupa untuk tanda kalendar korang dan kongsi pendapat korang untuk lagu terbaru nanti okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...