Ikuti Kami:

Soyou Kongsi Hanya Makan Beberapa Sudu Nasi Sewaktu Awal Debut

Soyou Kongsi Hanya Makan Beberapa Sudu Nasi Sewaktu Awal Debut

Soyou SISTAR yang baru-baru ini secara terbuka berkongsi tentang perjuangan perit yang terpaksa dihadapinya ketika menjadi baru ingin menjadi idola yang aktif pada awal debut.

Dalam program hiburan MBN, “Spa-cation, not Hotel-cation”, Soyou berbual dari hati ke hati dengan aktres Ye Ji-won. Terdapat satu episod dimana, Soyou menjadi rakan sebilik dengan Ye Ji-won, dan mereka pergi ke sebuah restoran bersama-sama.

Pada ketika itu, Soyou dan Ye Ji-won berkongsi mengenai kehidupan masing-masing dan apa yang telah mereka lalui. Soyou berkongsi bahawa dia sangat sibuk pada usia 20-an dan sibuk mempromosikan lagu bersama SISTAR. Pada hari ini, pelakon Ye Ji-won bertanya,

Adakah benar bahawa idol hanya berlatih dan sentiasa berdiri di atas penimbang untuk menimbang diri mereka?

soyu

Soyou mengiyakan perkara tersebut dan berkata,

Ramai orang melihat kami sebagai gadis yang ‘sihat’, tetapi ketika kami mula-mula debut, kami semua kurus. Saya hanya 48 kg (105 lbs) pada ketinggian 168 cm (5’6″). Saya pernah ditangkap makan di bilik air. Agensi kami juga mempunyai log makanan, dan kami perlu mengira bilangan sudu makanan yang kami makan.

Soyou kemudian menyambung,

Kemudian kami mula bersenam dan menjadi lebih sihat. Ketika itulah SISTAR dilihat berjaya. Semua ahli perlu mempunyai otot jadi kami berjaya dilihat sebagai kumpulan yang sihat.

Kesiannya, makan pun kena catu kalau nak jadi ‘idol’. Tapi sekarang Soyou dah nampak betul-betul gembira dengan keadaan sekarang kan? Makan banyak-banyak lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...