Pelakon Go Sung-hee kini bergelar seorang ibu.
Agensi pelakon itu, MS Team Entertainment, memberitahu media,
Go Sung-hee telah melahirkan anak perempuan sulungnya tahun lalu dan baru-baru ini menyambut ulang tahun pertama anaknya.
Terdahulu, Go Sung-hee telah berkahwin dengan seorang bukan selebriti di Seoul pada November 2022. Memandangkan suaminya bukan dari kalangan selebriti, majlis perkahwinan mereka telah diadakan secara tertutup dan sederhana.
Difahamkan bahawa pelakon wanita bekrneaan kini memberi tumpuan kepada membesarkan anak perempuannya selepas melahirkan dua tahun selepas perkahwinannya.
Untuk pengetahuan, Go Sung-hee telah berehat dari dunia lakonan sejak drama “Gauss Electronics” tamat dan dia kini sedang meneliti projek lakonan seterusnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.