Ikuti Kami:

Sorn Undur Diri Dari CLC, Tidak Lagi Bernaung Bawah CUBE Entertainment

Sorn Undur Diri Dari CLC, Tidak Lagi Bernaung Bawah CUBE Entertainment

Selepas Elkie, Sorn akhirnya mengumumkan bahawa dia sudah pun secara rasmi keluar daripada kumpulan CLC kini.

Jawab CUBE Entertainment,

Hello, ini ialah CUBE Entertainment.

Ini ialah pengumuman yang kontrak eksklusif bersama Sorn sudah pun ditamatkan. Disebabkan ianya sudah habis, dia juga telah meninggalkan CLC. Pilihan ini dibuat berdasarkan keputusan bersama.

Kami mengucapkan terima kasih buat peminat yang menyokong Sorn sehingga kini. Sila berikan sokongan dan galakan buat permulaan baru Sorn.

Terima kasih.

sorn clc

Sorn turut menyampaikan berita itu menerusi media sosialnya, di mana dia meluahkan rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan 6 gadis lain di Seoul yang digelarnya sebagai keluarga.

sorn clc

Dalam pada itu, gadis kelahiran Thailand itu berterima kasih atas sokongan semua peminat dan meminta orang ramai agar terus menyokong CLC selepas ini.

Terus sokong CLC dan Sorn dalam permulaan baru mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...