“Sorang Acah Lisa, Sorang Acah Rosé”- DOLLA Baru Jejak Dunia Seni Tempatan, Dah Dituduh Tiru BLACKPINK

dolla tiru blackpink

Umum mengetahui bahawa genre K-Pop kini sedang ‘berleluasa’ di seluruh dunia sampaikan banyak negara lain yang cuba ‘mencilok’ konsep tersebut untuk menubuhkan kumpulan yang lebih sama dengan mereka di dalam negara sendiri. Kalau anda ingat, di Malaysia juga pernah ada percubaan ini pada suatu ketika dahulu di mana terdapat kumpulan lelaki yang dipanggil 24/7 namun impian tersebut disambut dingin.

Terbaru, satu kumpulan baru yang diberi nama DOLLA telah menggemparkan dunia seni Malaysia dengan bakat mereka. Dianggotai oleh 4 orang gadis rupawan iaitu Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel dan mereka juga telah mengeluarkan single terbaru ‘Make You Wanna’ bagi mengetengahkan bakat kepada peminat tempatan.


Kalau anda dengar liriknya, ia menceritakan tentang kekuatan dan keyakinan diri seorang wanita sambil diiringi dengan muzik yang seksi. Tak cukup dengan itu, video muzik single ini membawa sinematografi yang gelap namun menarik selain setiap daripada ahli DOLLA bergerak lincah dari mula sehingga ke hujung lagu.

Pun begitu, rata-rata peminat K-Pop di Malaysia mengatakan bahawa kumpulan itu terlampau cuba kelihatan seperti kumpulan Korea popular BLACKPINK. Termasuklah ahli kumpulan yang sama jumlahnya dengan kumpulan popular dengan lagu ‘DDU-DU DDU DU’

blackpink

Disebabkan DOLLA menandatangani kontrak pada September lepas dengan Universal Music Malaysia, segelintir netizen mempersoalkan tempoh latihan mereka yang sangat sekejap. Tak seperti idola K-Pop yang memakan masa bertahun-bertahun untuk menyempurnakan bakat mereka sebelum memulakan kehidupan sebagai artis.

Ramai juga yang tunding jari dan mengatakan bahawa sesetengah koreografi ‘Make You Wanna’ ‘menciplak’ tarian yang ditonjolkan oleh Jennie, Rosé, Jisoo dan Lisa dalam lagu ‘Boombayah’.

kumpulan dolla disamakan dengan blackpink

Tonton sendiri video muzik ‘Make You Wanna’ dan nilailah sendiri sama ada DOLLA cuba tiru BLACKPINK.

Sumber: Twitter

27 KOMEN

    • budak budak sekolah fan bp je yg cakap macam..konon satu dunia tiru blackpink..pirahh, muzik dia saja dah macam latin american, mana ada stail kpopers tu..perasan la org nak tiru..outfit diorang lebih ke pussycat doll lah, bukan kpop, kalau suka sgt kpop pegi la tengok KAACHI @ kuachi kalau pakai lidah melayu

  1. Mana ada tiru blacpink lahhh dolla is dolla okay? budk bodoh jer kata diorang tiru blackpink tu lah minat kpop smpai industri sendiri pun hina lebih baik keluar lah dari malaysia ni kalau xnk support!

  2. memang la stail lain apa lain. tak sama dgn bp. tp asalnya niat tu kita taktau dri mana lol. btw yg islam tu takyah la joget mcmtu dunia akhir zaman lg buat mcmtu

  3. Knp cuba tiru Blackpink? Dah lah ada yg Dance macam lagu Blackpink. Dengan muzik yg tak menyenangkan. Kalau Blackpink tengok ni, buat malu Malaysia je.. yelah tahu lah ada 4 orang. Blackpink pun ada 4 orang ahli.. tahu lah style tk sama Ngan Blackpink..

    • kau ni gila ka…kenapa klau group mana2 dalam dunia ni debutkan empat group kau kta tiru blackpink…blackpink bukan pencipta ahli empat orang bodoh….waduh korg ni…kpop yg luar tu korg agungkan..muzik tempatan korg kutuk…mcm mna nak maju….aku sebagai blink jijik dgn korg yang ngaku blink…tlonglah jangan jadi toxic blink…i hate that…sudahla Army toxic…Blink pon nak join ka?

      • ehhhh satttttt..aq peliklah komen kau tu…..kau blink ke? Kalau kau blink pesal macam pelik je komen kau btw aq un blink n komen kau macam TK PUAS HATI DENGAN BLACKPINK (bahagian first)

  4. iDolla forever….btw im both of them,blink n iDolla….n dolla tk tiru bp la….blackpink start like dolla too,i think….boombayah kan hot debut ,same thing happen with Dolla,n its unfair if netizen said Dolla copying Blackpink…Acc,bagus tau malaysia buat macam ni…kalau popular untung kat malaysia jugak,nama malaysia jugak yg naik …..

Leave a Reply to Akmal Cancel reply