Sukanya tengok pasangan Soo-young dan Jung Kyung-ho ni kerana mereka ada sentiasa untuk satu sama lain.

Terbaru menerusi saluran YouTube MMTG yang diacarakan oleh JaeJae, Sung-jong INFINITE yang tampil sebagai tetamu telah berkongsi kisahnya terserempak dengan pasangan Soo-young dan Jung Kyung-ho.
Katanya,
Saya melihat Soo-young memilih pakaian di sebuah kedai. Dia bersama dengan teman lelakinya Jung Kyung-ho.
Kemudian, Soo-young mencelah secara berseloroh,
Oh nasib baik.
Sambung Sung-jong lagi,
Saya bertanya mereka buat apa di situ dan Soo-young cakap dia sedang membantu teman lelakinya memilih pakaian untuk tayangan perdana filem.
Untuk pengetahuan, Soo-young dan Jung Kyung-ho sudah bercinta sejak 2012 lagi dan hubungan mereka nampaknya masih kukuh serta bahagia hingga hari ini.
Elele sweet betul la pasangan ni!