Ikuti Kami:

Song Triplets Tampil Sebagai Tetamu, Episod ‘You Quiz On The Block’ Raih Rating Tertinggi Dalam Sejarah

Song Triplets Tampil Sebagai Tetamu, Episod ‘You Quiz On The Block’ Raih Rating Tertinggi Dalam Sejarah

Pejam celik pejam celik, Song Triplets sudah pun berusia 12 tahun sekarang!

Terbaru, Song Il-kook dan kembar tiganya iaitu Dae-han, Min-guk dan Man-se telah tampil sebagai tetamu, merupakan penampilan mereka buat kali pertama selepas “The Return of Superman” pada 10 tahun lalu.

Terbukti dirindui ramai, episod itu telah berjaya meraih rating tertinggi sepanjang program itu disiarkan sehingga mencecah 6.8% di seluruh negara dan 12.2% di kawasan Seoul.

Sementara itu dalam episod ini, tiga beradik itu berkongsi bahawa mereka sudah pun berusia 12 tahun kini dan ketiga-tiganya mempunyai ketinggian lebih 170cm.

Cepat betul masa berlalu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...