Utama Drama Korea Song Seungheon Terima Tawaran Untuk Terajui Drama ‘Voice 4’

Song Seungheon Terima Tawaran Untuk Terajui Drama ‘Voice 4’

song seungheon voice 4

Selepas drama rangkaian popular “Voice” dikhabarkan akan kembali dengan musim ke-4 dengan Lee Han-na dikekalkan sebagai teraju utama, ramai yang menantikan pelakon lelaki mana yang akan mengemudi musim terbaru ini.

Dalam diam, rupanya dikhabarkan bahawa Song Seung-heon mungkin akan menjadi pelakon lelaki utama untuk musim ke-4 “Voice”. Seronoknya!

Bahkan agensinya iaitu King Kong By Starship turut mengeluarkan kenyataa rasmi mengenai berita ini,

Song Seung-heon telah ditawarkan untuk muncul dalam ‘Voice 4’ dan tawaran tersebut masih lagi sedang diteliti.

song seungheon voice 4

Untuk musim terbaru ini, “Voice” masih mengekalkan konsep yang sama cuma dengan barisan pelakon baru dan latar belakang yang berbeza. Katanya, musim ini akan meletakkan kepulauan Jeju sebagai latar belakang utamanya. Malah ia akan mula menemui penonton pada Jun 2021.

Kalau anda nak tahu, sejak musim pertama lagi “Voice” sudah mendapat perhatian ramai dek kerana plotnya yang unik berlatar belakangkan pusat panggilan kecemasan 112 di mana mereka boleh mengagak lokasi kejadian jenayah berdasarkan bunyi di dalam panggilan tersebut. Rating tertinggi yang direkodkan oleh setiap musim juga boleh tahan hebat di mana musim pertama (5.6%), musim kedua (7.0%) dan musim ketiga (5.5%).

Semoga Song Seung-heon terima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar Today
Loading...