Hanya khabar angin yang bertiup sebelum ini, OCN kini telah mengesahkan bahawa Song Seung-heon dan Lee Ha-na akan mengemudi siri “Voice 4” nanti.
Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh zalim yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.
Lee Ha-na akan kembali memegang watak Kang Kwon-joo, seorang profiler suara yang sering menyelamatkan orang lain manakala Song Seung-heon pula akan melakonkan watak Derek Jo iaitu ketua unit di Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) yang tanpa disangka bekerjasama dengan pasaukan ‘Golden Time’. Lelaki itu juga digambarkan sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak boleh menerima sebarang kesilapan walaupun kecil.
Kata produser “Voice 4”,
Pengambilan Song Seung-heon dan Lee Ha-na secara tak langsung membuatkan kami berasa yakin dan selamat.
Tambah mereka lagi, Song Seung-heon adalah padanan yang sesuai bagi watak Derek Jo yang mempunyai pandangan yang tajam selain berkarisma. Pelakon itu diyakini akan mempu menghidupkan watak tersebut yang mempunyai pelbagai persona di mana meskipun mempunyai pelbagai kemahiran namun menyimpan luka yang dalam dan rahsia yang tidak diketahui sesiapa.
Lee Ha-na juga dipuji kerana mampu menjadi muka hadapan siri “Voice” selama 4 musim lamanya.
Peminat siri thriller pembunuhan ini pasti dah tak sabar nak tonton “Voice 4” kan? Khabarnya ia bakal ditayangkan Jun nanti~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.