Ikuti Kami:

Song Seungheon, Jo Yeojeong, Park Jihyun Terajui Filem Misteri Triller ‘Hidden Face’

Song Seungheon, Jo Yeojeong, Park Jihyun Terajui Filem Misteri Triller ‘Hidden Face’

Pelakon hebat Song Seung-heon khabarnya bakal tampil dalam satu filem bergenre misteri triller, “Hidden Face” yang mana turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Jo Yeo-jeong, dan Park Ji-hyun.

Filem “Hidden Face” yang bakal diarahkan oleh Pengarah Kim Dae-woo mengumumkan bahawa pihak produksi sudah memulakan penggambaran pada 16 Mei lalu. “Hidden Face” adalah satu filem bergenre misteri triller yang berlaku apabila seorang lelaki cuba mengejar lokasi tunangnya, yang hilang dengan hanya meninggalkan satu surat dan video, sehingga membawanya menemui rahsia mengejutkan berkaitan dirinya.

“Hidden Face” merupakan karya dengan plot yang tidak konvensional seperti “Human Addiction”, “Bangjajeon”, dan “Sexual Life” dengan penceritaan berstruktur dan watak sebenar. Song Seung-heon merupakan teraju sesuai untuk memegang watak Seong-jin, seorang konduktor orkestra yang kehilangan tunangnya pada suatu pagi. Song Seung-heon dijangka akan menunjukkan pesona baharu dengan menyampaikan pelbagai emosi melalui watak Seong-jin yang mengalami situasi yang tidak dapat diramalkan.

song seung heon jo yeo jong park jihyun

Jo Yeo-jeong, yang sebelum ini mendapat perhatian umum dengan “Parasite”, mengumumkan dia kembali ke layar skrin sebagai Su-yeon, tunang kepada Seong-jin, yang tiba-tiba hilang dengan hanya sepucuk surat dan video. Jo Yeo-jeong, berjaya memikat penonton dari seluruh dunia dengan persembahan emosinya yang sangat baik, menimbulkan rasa ingin tahu untuk filem “Hidden Face” selepas “Parasite”.

Dalam pada itu, Park Ji-hyun, yang memainkan watak Mi-joo, nerupakan watak yang memaksimumkan ketegangan antara watak-watak lain, menambahkan lagi jangkaan  persembahan yang segar dan tidak konvensional oleh kesemua watak.

hidden face

Pengarah Kim Dae-woo mengumumkan permulaan penggambaran yang hebat dengan menyampaikan aspirasi terhadap filem tersebut lalu berkongsi bahawa,

Saya teruja dan gembira dapat bekerja dengan pelakon yang hebat dan dapat menghasilkan sebuah karya dengan cerita yang mantap. Saya akan memberikan kepada anda dengan karya yang indah dengan sepenuh hati saya.

Dalam pada itu, Song Seung-heon turut berkata,

Sudah agak lama saya tidak muncul di skrin dengan filem. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan pengarah Kim Dae-woo, yang boleh saya percayai dan harapkan.  Ia lebih meyakinkan untuk bekerja dengan skrip yang menarik dan pelakon yang hebat. Saya akan menyambut penonton dengan filem yang menyeronokkan dan mantap. Saya rasa saya boleh melakukannya.

Jo Yeo-jeong juga sempat berkongsi,

Saya terpesona dengan watak dan cerita yang menawan dan berkonsep tiga dimensi. Saya akan melakukannya dengan baik dan menyambut penonton dengan filem yang bagus.

Akhir sekali, Park Ji-hyun turut menambah,

Saya teruja dapat bekerja dengan pengarah Kim Dae-woo, dan saya gembira dapat bertemu dan bekerja dengan senior dan kakitangan yang baik dalam musim baru. Saya akan bekerja keras untuk membuat ini satu karya yang menarik dengan mencapai banyak jangkaan. Kami meminta sokongan anda.

Wah filem kali ini memang menampilkan barisan pelakon yang hebat-hebat kan? Korang teruja tak? Tunggu keluaran filem ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...