Setelah lama menanti, BLACKPINK akhirnya kembali membuat persembahan bersama di atas satu pentas!
Pada 5 Julai, BLACKPINK telah memulakan konsert jelajah ‘DEADLINE’ mereka, yang diadakan di Stadium Goyang, Seoul.
Membuka pentas dengan lagu “Kill This Love”, kumpulan itu turut menghiburkan BLINKS dengan lagu hit mereka yang lain seperti “Pretty Savage” dan “Shut Down”, serta lagu solo keempat-empat ahli tersebut.
Apa yang lebih menerujakan, BLACKPINK juga kali pertama mempersembahkan lagu baru mereka berjudul “JUMP” di konsert itu, mempamerkan tenaga dan aura luar biasa yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
View this post on Instagram
Meninjau laman X, peminat nampaknya berpuas hati dengan single terbaru BLACKPINK dan meninggalkan komen,
- Saya rasa lagu ini adalah sesuatu yang baru dari BLACKPINK.
- Macam biasa, BLACKPINK tak pernah mengecewakan.
- Song of the year!
- Memang lagu untuk konsert!
Sementara itu, ini juga merupakan kali pertama BLACKPINK mengeluarkan baru sebagai satu kumpulan, dalam tempoh 2 tahun dan 8 bulan sejak album “BORN PINK” dikeluarkan.
Haa korang suka ke tak suka?