Ikuti Kami:

“Song Kang Lebih Kacak Dalam Kehidupan Sebenar..” – Lee Jehoon

“Song Kang Lebih Kacak Dalam Kehidupan Sebenar..” – Lee Jehoon

Kalau cakap pasal pelakon lelaki Korea yang kacak, nama Song Kang pastinya tidak akan terkecuali.

Baru-baru ini, Lee Je-hoon dan Koo Kyo-hwan telah muncul sebagai tetamu dalam program “Salon Drip 2” di YouTube, bagi mempromosikan filem baru mereka “Escape”.

Dalam siaran itu, Lee Je-hoon berkongsi bahawa Song Kang akan tampil membuat penampilan istimewa dalam naskhah tersebut.

Mengenai Song Kang, Lee Je-hoon akui,

Saya sebenarnya kebetulan melihat Song Kang dalam acara peribadi dan saya rasa dia sangat menawan.

song kang lee jehoon

Sambung pelakon “Taxi Driver” itu,

Dia lebih kacak dalam kehidupan sebenar dengan personalitinya yang hebat. Saya sedar inilah masa yang sesuai untuk gunakan istilah ‘manjjitnam‘ (lelaki yang kelihatan seperti dia keluar dari komik).

Sementara itu, filem “Escape” menceritakan tentang hidup atau mati antara Gyu-nam, seorang askara Korea Utara yang memulakan usaha untuk hari esok yang lebih baik dan Hyun-sang, seorang pegawai keselamatan yang mengejar Gyu-nam.

Jangan lupa tonton pada 3 Julai ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...