Ikuti Kami:

Song Kang Kongsi Sebab Bintangi Drama ‘Forecasting Love & Weather’

Song Kang Kongsi Sebab Bintangi Drama ‘Forecasting Love & Weather’

Song Kang baru-baru ini terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berborak mengenai dramanya akan datang di JTBC, “Forecasting Love and Weather”.

“Forecasting Love and Weather” ialah drama di pejabat yang mengisahkan tentang kerja dan kehidupan cinta orang-orang di Pentadbiran Meteorologi Korea. Song Kang akan membintangi sebagai Lee Si-woo, seorang yang sentiasa berfikir di luar kotak. Walaupun dia kelihatan kekok, namun dia mempunyai IQ yang mengagumkan iaitu 150, dan mampu mencapai apa-apa sahaja setelah dia menetapkan fikirannya untuk itu. Walau bagaimanapun, di sebalik kecerdasan dan kebolehannya, apa yang dia pedulikan adalah cuaca.

Pelakon itu mendedahkan bahawa dia memutuskan untuk membintangi “Forecasting Love and Weather” adalah kerana subjek dan skrip. Song Kang menjelaskan,

Saya suka subjek baharu Pentadbiran Meteorologi Korea. Kisah pelbagai watak dalam latar belakang itu juga menarik. Semasa membaca skrip, ada bahagian yang membuatkan saya tersenyum dan ketawa, dan saya dapati ia sangat menarik.

Namun begitu, bukan mudah untuk memainkan watak yang sangat bersungguh-sungguh tentang cuaca. Song Kang mengulas,

Saya mencari dokumentari berkaitan cuaca, dan terdapat banyak istilah teknikal yang saya temui buat kali pertama, jadi saya banyak mengkajinya. Saya membaca dialog saya ke mana sahaja saya pergi supaya saya dapat mempelajari istilah secara semula jadi.

song kang forecasting love and weather

Song Kang juga memotong rambutnya dengan sangat pendek untuk drama ini, bagi menggambarkan watak seorang yang murni dan ceria.

Jangan lupa saksikan drama “Forecasting Love and Weather”, akan mula ditayangkan pada 12 Februari ini jam 9:30 malam di JTBC dan Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...