Ikuti Kami:

Song Kang Bakal Sertai Khidmat Ketenteraan Bermula April Ini

Song Kang Bakal Sertai Khidmat Ketenteraan Bermula April Ini

Song Kang sedang dalam persiapan untuk mendaftar dalam tentera.

Terbaru, agensi pelakon itu telah mengeluarkan kenyataan yang mendukacitakan buat peminat,

Helo, ini Namoo Actors.

Kami mengucapkan terima kasih yang mendalam buat para peminat yang sentiasa memberikan kasih sayang buat pelakon Song Kang, dan ini adalah notis mengenai khidmat ketenteraan Song Kang.

Song Kang akan mendaftar sebagai tentera berkhidmat aktif dalam Angkatan Tentera pada hari Selasa, 2 April.

Tiada acara rasmi diadakan apabila beliau masuk ke pusat latihan tentera, dan beliau akan mendaftar secara peribadi untuk memastikan keselamatan disebabkan oleh kesesakan di tempat berkenaan, jadi kami memohon pengertian anda.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan padu dari orang ramai agar Song Kang kembali dalam keadaan sihat dan lebih matang selepas menyelesaikan perkhidmatan wajibnya dengan tekun.

Terima kasih.

song kang

Selamat berkhidmat Song Kang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...