Ada berita gembira buat peminat Song Kang di Malaysia!
Pada 22 November, agensi telah mengumumkan bahawa Song Kang akan menemui peminat di Asia menerusi acara perjumpaan peminat ‘2023 SONG KANG ASIA FANMEETING TOUR – “MOMENT”’.
Menerusi poster yang dikongsi, Song Kang akan mengadakan acara perjumpaan peminat di Seoul, Tokyo, Jakarta, Kuala Lumpur, Singapore dan Bangkok.
https://twitter.com/songkang_staff/status/1594994094308311041?s=20&t=1Stn33IrM8W0ITVVahluqg
Menarik perhatian, peminat di Malaysia juga mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Song Kang memandangkan selebriti itu akan turut melawati Kuala Lumpur pada 2023 nanti.
Nantikan segala informasi dan maklumat lanjut berkaitan acara perjumpaan peminat Song Kang di Kuala Lumpur, di SINI.
Jangan lepaskan peluang tau!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.