Ikuti Kami:

Song Kang Atau Jung Garam? Saksikan Pilihan Kim Sohyun Dalam ‘Love Alarm 2’ Di Netflix Kini

Song Kang Atau Jung Garam? Saksikan Pilihan Kim Sohyun Dalam ‘Love Alarm 2’ Di Netflix Kini

Pastinya ramai yang curious apa yang akan berlaku terhadap tiga watak utama “Love Alarm” dek episod tergantung ketika penghujung musim pertamanya.

Seronoknya apabila KimchiDaily berpeluang menyertai temubual eksklusif bersama Kim So-hyun dan Song Kang bagi mengorek lebih banyak rahsia mengenai musim kedua “Love Alarm” yang sudah mula bersiaran di Netflix kini.

Sinopsis ringkas

Musim kedua ini bermula selepas 4 tahun daripada musim pertama ditutup. Aplikasi tersebut kian maju dengan tambahan ciri seperti senarai ‘individu yang akan menyukai saya’ dana ‘individu yang akan saya sukai’. Pada fasa ini, tiga watak utama berkenaan akan melalui pelbagai konflik baru. Kim Jo-jo (Kim So-hyun) yang masih belum boleh meluahkan perasaannya dek satu ciri yang menyekat notofikasi orang lain daripada berbunyi, Lee Hye-young (Jung Ga-ram) yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal di sisi gadis itu dan Hwang Sun-oh (Song Kang) yang terus berada dekat dengan Jo-jo.

love alarm 2

Sun-oh ataupun Hye-young?

Sejak musim pertama ditayangkan lagi, Kim So-hyun memberitahu bahawa ramai yang asyik bertanya sama ada Sun-oh ataupun Hye-young yang akan menjadi So-hyun. Malah pelakon wanita itu berasa terima kasih apabila para penonton tenggelam dengan perasaan tersebut sehingga membuatkan dia merasakan bahawa orang ramai turut memahami emosi mereka ketika melakonkan watak tersebut.

Sebab ‘Love Alarm’ disukai peminat K-Drama

Menurut Song Kang, disebabkan ia adalah drama romantik remaja yang unik dengan plot yang segar, membuatkan ramai peminat K-Drama menyukai “Love Alarm”. Walaupun ada babak cinta tiga segi yang biasa dilihat namun terdapat pelbagai emosi dalam drama ini sehingga membuatkan penonton seronok menghayatinya.

Manakala bagi Kim So-hyun pula, meskipun setiap negara mempunyai momen bercinta zaman sekolah yang berbeza tetapi kebanyakan penonton sepertinya suka dengan kisah cinta yang dipaparkan mengikut latar belakang remaja di Korea.

netflix love alarm 2

Tergantung ataupun ending muktamad?

Apabila ditanyakan soalan ini, kedua-dua Kim So-hyun dan Song Kang tidak memberikan jawapan yang spesifik supaya tidak memberikan ‘spoiler’ kepada semua.

Kami pun tidak tahu.

Jadinya, anda semua perlu menyaksikan sendiri kesudahan kisah Jo-jo, Sun-oh dan Hye-young menerusi “Love Alarm 2” ini. Tak payah tunggu lama-lama sebabnya kesemua 6 episod sudahpun boleh ditonton di Netflix kini!

netflix love alarm 2

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...