Ikuti Kami:

Song Joongki Ditawar Watak Peguam Berkarisma Untuk Mafia, Drama ‘Vincenzo’ Tayang Disember Ini

Song Joongki Ditawar Watak Peguam Berkarisma Untuk Mafia, Drama ‘Vincenzo’ Tayang Disember Ini

Selepas penggambaran filem “Bogota” terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 dan menarik diri daripada filem “Seasons Of You and Me”, ramai yang tertanya-tanya bilakah mereka dapat melihat Song Joong-ki beraksi kembali.

Mendengarkan khabar angin yang bertiup kencang, difahamkan lelaki itu telah ditawarkan untuk berlakon sebagai watak utama dalam drama “Vincenzo” di bawah saluran tvN. Jikalau pelakon ini menerima tawaran tersebut, ini adalah merupakan drama pertamanya selepas “Arthdal Chronicles” yang ditayangkan pada tahun lepas.

song joongki vincenzo

“Vincenzo” membawa kisah seorang seorang penasihat kepada kumpulan mafia yang telah kembali ke Korea dek pertelingkahan yang berlaku di dalam organisasi tersebut. Pun begitu, lelaki itu tanpa sengaja terjebak dengan satu situasi yang tidak dijangka.

Watak utama, Vincenzo Cassano telah diambil sebagai anak angkat dan dihantar ke Itali seawal usia 8 tahun. Dia membesar menjadi seorang peguam yang hebat dengan kemahiran rundingan yang mengagumkan. Semasa kembali semula ke Korea, lelaki itu asyik bertembung dengan Hong Cha-young iaitu seorang peguam yang menggunakan segala muslihat kotor untuk memenangi kes dibawah pantauannya. Mereka berdua kemudiannya berlaga dan membuatkan Vincenzo mula menjadi jahat supaya dapat menegakkan keadilan.

Agensi naungan Song Joong-ki turut mengesahkan bahawa pelakon itu sedang meneliti tawaran untuk memainkan watak Vincenzo yang diterimanya itu.

jeon yeobin vincenzo

Pada bulan sebelumnya, pelakon Jeon Yeo-bin didedahkan telah menerima tawaran untuk melakonkan watak Hong Cha-young dan wanita itu juga dikatakan sedang menimbal balik sama ada untuk berlakon dalam drama itu.

Song Joong-ki sebagai peguam, macam best je! Semoga harapan ini jadi kenyataan. Kalau betul jadi, “Vincenzo” akan ditayangkan pada Disember nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...