Ikuti Kami:

Song Jihyo Terima Komen Buruk, Agensi Umum Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Song Jihyo Terima Komen Buruk, Agensi Umum Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Tidak dinafikan seorang selebriti, pastinya akan menerima komen kritikan namun sesetengah daripadanya melampaui batas hingga menyakitkan hati mereka.

Terbaru, agensi Song Ji-hyo mengeluarkan kenyataan di mana mereka akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap komen buruk.

Tulis Creative Group ING,

Situasi khabar angin palsu, komen dan entri buruk, posting penghinaan dan fitnah dan lain-lain berdasarkan fakta palsu di laman komuniti, media sosial dan laman portal mengenai Song Ji-hyo semakin serius hari demi hari.

Adalah salah untuk mengeluarkan artikel yang menipu dan menfitnah berdasarkan kandungan tidak sahih dan pasti di mana ianya layak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

song jihyo

Tambah mereka lagi, walaupun faham dengan kebebasan bersuara namun ianya sudah melebihi batas kini dan tidak mahu mendiamkan diri lagi.

Kami akan menguatkan perlindungan buat artis kami dan kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas perbuatan buruk pada masa hadapan juga.

Agensi Song Ji-hyo turut menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi langsung selain akan terus memerhatikan situasi ini nanti.

Dalam pada itu, mereka turut meminta peminat untuk menghantar sebrang bukti sekiranya terlihat mana-mana entri buruk mengenai pelakon wanita itu di atas talian.

Bagus agensi Song Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...