Ikuti Kami:

Song Jihyo Sertai Ji Sukjin Dalam Agensi Baru

Song Jihyo Sertai Ji Sukjin Dalam Agensi Baru

Selepas keluar dari agensi lamanya pada Ogos lepas, Song Ji-hyo nampaknya sudah bernaung di bawah syarikat baru kini.

Terbaru pada 19 September, Uzu Rocks secara rasmi mengumumkan bahawa Song Ji-hyo telah pun menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi tersebut. Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Park Joo-nam,

Kami gembira menjadi keluarga dengan Song Ji-hyo, yang telah membina kerjaya dan kemasyhuran yang kukuh atas asas personalitinya yang mudah didekati, daripada projek lakonannya hinggalah ke rancangan TV.

Tambahnya lagi,

Kami tidak akan putus asa dalam menyokong aktif terhadap cabaran baharu yang akan dilalui Song Ji-hyo pada masa hadapan. Kami meminta anda menunjukkan banyak minat dalam sinergi dan kimia baharu antara Song Ji-hyo dan kandungan berbilang saluran serta syarikat media Uzu Rocks.

song jihyo

Untuk pengetahuan, Uzu Rocks juga merupakan agensi kepada rakan ahli Song Ji-hyo dari “Running Man” iaitu Ji Suk-jin, Oh Man-seok, Zelo B.A.P dan ramai lagi.

Selamat maju jaya buat Ji-hyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...