Ikuti Kami:

Song Jihyo Kongsi Masih Kekal Berhubung Dengan Lee Kwangsoo

Song Jihyo Kongsi Masih Kekal Berhubung Dengan Lee Kwangsoo

Sedar tak sedar, sudah lebih setahun Lee Kwang-soo mengambil keputusan untuk meninggalkan “Running Man”.

Walaupun sudah tidak bersama lagi, namun rata-rata peminat program itu mengharapkan agar lelaki tersebut terus kekal baik bersama ahli lain.

Peminat nampaknya boleh menarik nafas lega apabila Song Ji-hyo mengakui bahawa dirinya masih lagi berhubung dengan Lee Kwang-soo.

Hal itu dikongsikan oleh seorang peminat yang sempat bertanya mengenai perkara tersebut semasa bertemu pelakon wanita itu di acara mempromosikan Glutanex di Malaysia baru-baru ini.

song jihyo lee kwangsoo

Tanyanya,

Awak masih mengekalkan hubungan dengan Lee Kwang-soo?

Jawab wanita itu yakin,

Mestilah!

Individu itu yang merupakan peminat Lee Kwang-soo meluahkan rasa kagumnya dengan kebaikan Song Ji-hyo yang melayan permintaan pengunjung selain memberikan ‘fan service’ terbaik buat semua di acara itu.

Harap mereka boleh join program bersama lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...