Selepas berminggu undian dijalankan, akhirnya anugerah populariti untuk ‘2021 Asia Artist Awards’ sudah pun ditentukan pemenangnya.
Bagi kategori pelakon lelaki, Kim Seon-ho telah berjaya membawa pulang kedua-dua anugerah populariti yang dipertandingkan.
Untuk kategori pelakon wanita pula, anugerah ‘RET Popularity Awards’ dimenangi oleh Song Ji-hyo manakala ‘U+Idol Live Choice Awards’ telah dirangkul oleh Jung Ho-yeon.
Dalam pada itu, iniialah senarai penuh buat penyanyi yang memenangi anugerah berkenaan:
RET Popularity Awards
Kumpulan lelaki: EXO
Kumpulan wanita: TWICE
Penyanyi solo lelaki: Im Young-woong
Penyanyi solo wanita: CL
U+Idol Live Choice Awards
Kumpulan lelaki: BTS
Kumpulan wanita: BLACKPINK
Penyanyi solo lelaki: Im Young-woong
Penyanyi solo wanita: IU
Untuk pengetahuan, ‘2021 Asia Artist Awards’ akan berlangsung pada 2 Disember nanti namun tidak dapat dipastikan sama ada kesemua artis ini akan menghadirinya.
Tahniah buat semua pemenang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.