Dalam kesemua ahli, hubungan antara Jeon So-min dan Song Ji-hyo merupakan antara kombinasi yang disukai ramai.
Ketika episod terbaru, program SBS itu telah membawa Kang Hoon dan Jo Se-ho sebagai tetamu dalam misi untuk memenangi hati Jeon So-min.
Seperti yang diketahui wanita itu menyukai Kang Hoon semasa mereka bertemu ketika episod lalu lantas kesemua ahli cuba menjauhkan Jeon So-min daripada berpasangan dengan pelakon lelaki itu.
Walau bagaimapaun, Song Ji-hyo merupakan satu-satunya ahli yang cuba memadankan Jeon So-min dan Kang Hoon. Bahkan pelakon wanita itu menulis nama pelakon lelaki itu supaya menjadi teman makan malam Jeon So-min.
Saya pilih pasangan yang awak mahu.
소민이가 원하는 사람 적어주는 지효
역시 언니는 천사👼 pic.twitter.com/QUXrWSo8KX— 찬연 (@chany0815) May 21, 2023
Pelakon wanita itu tersenyum manja,
Song Ji-hyo memang seorang malaikat.
Malah Song Ji-hyo juga berjanji akan memilih Kang Hoon untuk menjadi pasangan Jeon So-min pada akhirnya.
Kakak seronok melayan adik.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉