Ikuti Kami:

Song Jihyo Duta Terbaik! Penonton Perasan Ahli ‘Running Man’ Guna Produk Glutanex

Song Jihyo Duta Terbaik! Penonton Perasan Ahli ‘Running Man’ Guna Produk Glutanex

Umum pasti mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan duta produk kecantikan Glutanex dan sudah bererapa kali datang ke Malaysia bagi mempromosikan jenama berkenaan.

Terbaru dalam siaran 26 Mac program “Running Man”, para ahli telah berjalan ke Suncheon bagi menjalani misi ‘Berkhemah dengan Ddakji’. Bermakna dalam setiap segmen, mereka akan menggunakan ddakji bagi menentukan misi untuk setiap kumpulan.

Ketika sedang melakukan satu misi, penonton perasan bahawa Jeon So-min menari sambil memegang produk ‘Sun Stick’ dari Glutanex, di mana Song Ji-hyo adalah duta buat jenama itu. Melihat aksi comel adiknya itu, Song Ji-hyo juga dilihat tersenyum bangga di belakang atas sokongan yang diberikan oleh Jeon So-min.

Bukan sahaja Jeon So-min, malahan Haha juga dilihat menggunakan produk yang sama ketika dalam bas sedang menuju ke sebuah lokasi.

Kemudian, Song Ji-hyo juga sepertinya membantu Haha untuk memakai produk itu dengan cara yang betul, memaparkan hubungan abang dan adik yang disukai ramai.

Dalam pada itu, Song Ji-hyo telah menghadiri acara pelancaran K-Beauty Festa anjuran Watsons Malaysia sebagai duta Glutanex, yang diadakan pada 17 dan 18 Mac lalu.

Supportive sangat ahli “Running Man” pada Song Ji-hyo, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...