Ikuti Kami:

Song Jihyo Dilapor Undur Diri Dari Agensi Creative ING

Song Jihyo Dilapor Undur Diri Dari Agensi Creative ING

Dalam diam, Song Ji-hyo dikhabarkan bakal meninggalkan agensi Creative ING tak lama lagi.

Terbaru, dari laporan dalam industri, pelakon wanita itu bakal menjadi ejen bebas selepas kontrak bersama syarikat itu tamat pada Oktober nanti.

Untuk pengetahuan, Song Ji-hyo sudah bersama agensi itu sejak 2019, pada awal penubuhannya. Selepas 3 tahun bersama, kedua pihak memilih untuk tidak menyambung kerjasama ini dek perbincangan mendalam mengenainya.

song jihyo

Meskipun ada pilihan lain untuk berpindah ke agensi lain ataupun membuka agensi sendiri, Song Ji-hyo dikhabarkan memilih untuk bergerak sendiri buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan kemas kini daripada Creative ING dan Song Ji-hyo sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...