Song Ji-hyo bakal jadi haenyeo!
BBC Studios dan JTBC hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama menerbitkan “Deep Dive Korea: Song Jihyo’s Haenyeo Adventure” yang akan disiarkan di saluran JTBC dan BBC Earth Asia. Ini adalah kerjasama pertama antara kedua-dua syarikat untuk penerbitan asli, serta penerbitan bersama pertama BBC Studios Asia di Korea.
Kisah Song Ji-hyo yang menghadapi cabaran terbesar dalam hidupnya akan dipaparkan dalam tiga episod dengan visual yang menakjubkan.
Dia akan melalui penyelaman bebas dan aktiviti haenyeo sebenar bersama wanita penyelam legenda ini. Song Ji-hyo bakal mengadakan hubungan istimewa dengan mereka dan memasuki dunia mereka.
View this post on Instagram
Haenyeo adalah wanita hebat yang telah mengekalkan tradisi berharga yang berusia sekurang-kurangnya 400 tahun. Setiap hari, termasuk wanita berusia 80-an, mereka menyelam ke kedalaman 20 meter tanpa menggunakan topeng oksigen atau peralatan canggih untuk mengumpulkan hasil laut bagi menyara keluarga dan mencari nafkah.
Saksikan nanti~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.